Selasa, 6 Oktober 2009

faraid 4

SIMPATILAH KEPADA SIMATI

KEMATIAN DAN TUNTUTAN ALLAH TERHADAP SI MATI (1)

Jika berlaku kematian sesorang manusia, ada empat (M) yang wajib diselesaikan dengan segera melalui harta simati:

1) Mengurus dan menyelenggarakan jenazah
2) Menjelaskan hutang-piutang.
3) Melaksanakan Wasiat simati.
4) Membahagikan harta pusaka

1. Mengurus dan menyelenggarakan jenazah.

Wajib gunakan harta simati, (sekiranya ada) untuk menguruskan jenazahnya mengikut uruf setempat, tidak melampaui kadar yang sepatutnya seperti senarai berikut;
a. Membeli peralatan kapan.
b. Upah mandi dan peralatan.
c. Upah gali kubur.
d. Upah mengusung ke kubur.
(Tidak ada upah sembahyang jenazah, upah baca AlQuran, Tahlil dan Talqin dan lain-lain upah)

2. Melunaskan hutang-piutang

Hutang terbahagi kepada dua. Pertama, Huatang yang bergantung dengan Allah. Kedua, Hutang yang bergantung dengan manusia.

1) Hutang yang bergantung dengan Allah.
Jika simati mempunyai harta yang terlibat dengan zakat, seperti padi, gandum, lembu, kambing, fitrah puasa atau yang berkaitan dengan kifarat puasa, sumpah, bayar nazar, dam haji, badal atau upah haji. wajiblah diambil daripada harta peninggalan simati sekadar yang menecukupinya bagi tujuan tersebut. Jika simati tidak ada harta peninggalan maka sunat bagi waris-warisnya secara sukarela untuk menunaikanya. Sekiranya kita sayangkan arwah emak dan ayah kita, tersiksa dengan azab Allah, maka eloklah kita selesaikan untuk mereka dengan harta-harta kita secara sukerela. mengenangkan jasa mereka berdua yang telah dapat membesarkan kita dan dapat melihat dunia serta dapat mencapai kemewahan dunia.
2) Hutang yang bergantung dengan manusia. Sekiranya simati terikat dengan hutang sesama manusia, maka wajib ditunaikan dengan segera melalui harta peninggalan simati. Simati dalam keadaan tersiksa dalam kubur sehinggalah dapat diselesaikan segala hutang-hutangnya. Segala hutang Allah yang mesti dijelaskan, ialah hutang yang berkaitan dengan harta Allah dan amal ibadat yang fardhu. Dalam mazhab imam Shafie solat tidak harus dibuat kifarat atau fidyah sepertimana puasa dan badal haji. Harus bagi waris berpuasa kada' untuk ayah dan ibunya atau upah orang lain, sebagai badal untuknya, begitulah juga ibadat haji dan umrah boleh dibadalkan.
3) Melaksanakan wasiat.
Wasiat yang wajib dilaksanakan hanya sekadar satu pertiga dari harta yang baki, bukan dari semua harta arwah. Wasiat yang wajib ditunaikan adalah wasiat kepada bukan warisnya, jika ada wasiat untuk warisnya secara tidak langsung terbatal wasiat itu. لاوصية لوارث Tida boleh berwasiat kepada waris mengikut nas hadis nabi tersebut. Ada setengah waris mendakwa, Ayahnya berwasiat supaya dia menerima lebih banyak dari waris-waris lain. Wasiat ini adalah batal, Nabi pernah berkata, " jika engkau melakukan adil terhadap anak-anakmu adalah lebih baik. Hikmat keadilan ialah untuk mengelakkan perbalahan dan putus silaturrahim di kalangan anak-anak. Di hari ini ramai yang tamak dan berkejar-kejar untuk jadi kaya, yang lemah ditipu yang kuat bertambah gaya dan ego.